Anifah dapat gelaran Tan Sri

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Luar Malaysia Senator Datuk Seri Panglima Anifah Aman dan bekas Ahli Parlimen Kimanis, Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang antara 25 individu dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang merupakan anugerah persekutuan kedua tertinggi yang membawa gelaran โ€œTan Sriโ€.

Darjah Kebesaran PSM itu adalah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Senator Datuk Seri Panglima Anifah Aman merupakan Presiden Parti CInta Sabah yang merupakan pemimpin sentiasa memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Karisma serta kepimpinan Senator Datuk Seri Anifah Aman turut diiktiraf Persekutuan dengan melantik beliau sebagai Menteri Luar Malaysia daripada 2009 sehingga 2018, beliau banyak memberi khidmat cemerlang diperingkat antarabangsa ketika itu.

Kini Bekas Menteri Luar Negeri, Senator Datuk Seri Anifah Aman dilantik sebagai Senator Dewan Rakyat dan merupakan Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Gambar: Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *