Ketua Menteri Sabah hargai jasa dan peranan wanita

KOTA KINABALU: Ketua Srikandi BERSATU Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor kerana menghargai jasa dan peranan wanita khasnya dalam pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi.

Katanya, peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh Hajiji kepada wanita adalah menggambarkan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang berfikiran terbuka dan tidak membezakan peranan jantina dalam urusan pentadbiran.

โ€œIni adalah kepercayaan daripada Ketua Menteri kita, melantik wanita sebagai Datuk Bandar Kota Kinabalu yang pertama kali dalam sejarah.

โ€œInilah bukti bahawa Ketua Menteri kita tidak memandang perbezaan jantina dan berfikiran terbuka dalam menerima peranan dan penglibatan wanita, khasnya yang pertama kali bagi jawatan tersebut,โ€ katanya dalam satu kenyataan media.

Azizah yang juga merupakan Ahli Parlimen Beaufort itu turut berkata penglibatan wanita dalam urus tadbir adalah mampu membawa kepada peningkatan kecekapan dan perlaksanaan sistem yang baik.

โ€œWanita sangat ‘multitasking’, mampu bekerja di pejabat dan apabila pulang ke ke rumah, menjadi pengurus rumah tangga, anak-anak dan suami.

โ€œWanita juga cekap dalam menyusun atur gerak kerja dan tugasan yang diberikan, lihat saja kebanyakan wanita yang memegang jawatan sebagai setiausaha, pembantu peribadi dan pengurus, tugasan ini amat mencabar sebenarnya dan kebanyakan wanita mampu menggalas tanggungjawab ini,โ€ katanya lagi.

Terdahulu, media hari ini melaporkan Noorliza Awang Alip telah dilantik sebagai Datuk Bandar Kota Kinabalu manakala Datuk Nor Asiah Mohd Yusof pula dilantik sebagai Peguam Besar Negeri.

Majlis penyerahan Watikah Pelantikan Peguam Besar Sabah dan Datuk Bandar Kota Kinabalu yang baharu oleh Hajiji telah berlangsung di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *