SABAH SCREEN FEST 2023

KOTA KINABALU , Jumaat Sabah Screen Fest 2023 telah melabuhkan tirainya di Sabah International Convention Centrebaru-baru ini. Sabah Screen Fest (SSF) adalah platform festival filem diperingkat negeri yang berprestij untuk meraikan para penggiat industri kreatif dan inovatif tempatan melibatkan pelajar sekolah, orang awam bukan sahaja di Sabah tetapi juga terbuka kepada penyertaan dari Sarawak dan Semenanjung. Objektif SSF adalah merapatkan jurang antara teknologi dan seni, melahirkan generasi kreatif dan celik teknologi maklumat selaras dengan hasrat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. SSF adalah antara inisiatif kerajaan untuk memberikan peluang dan ruang kepada mereka yang terlibat dalam industri kreatif dan inovatif tempatan mempamerkan serta ekspresi diri menghasilkan karya yang bermutu. Penyertaan Sabah Screen Fest pada tahun ini melibatkan sebanyak 188 permohonan iaitu 86 bagi kategori terbuka, 102 bagi kategori sekolah rendah dan menengah yang bertemakan โ€˜Digital Madaniโ€™. Tema ‘Digital Madani’ dipilih bagi memupuk masyarakat digital yang bermanfaat dan bertanggungjawab berasaskan kepada enam (6) teras iaitu (M)kemampanan, (A)kesejahteraan, (D)daya cipta, (A) hormat, (N)keyakinan dan (I)Ihsan.Majlis perasmian penutupan SSF23 yang dirasmikan oleh YB Datuk Harun Durabi, Pembantu Menteri Sains Teknologi dan Inovasi mewakili YB Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi menyatakan bahawaโ€œSSF ini dapat memberi pendedahan dalam bidang kemahiran multimedia dan digital untuk menyerlahkan lagi peranan penggunaan teknologi seperti penggunaan kamera digital yang mampu membuat filem lebih dramatik dan kelihatan lebih nyata dan juga penggunaan aplikasi komputer grafik seperti โ€˜Green Screenโ€™ dan โ€˜Computer Generated Imagery (CGI) yang membantu memberikan kualiti grafik yang sangat tinggi dengan efek yang lebih terkawal. Dengan menerokai inovasi sebegini, Kementerian berharap dapat mencetuskan rasa ingin tahu dan menggalakkan pencarian ilmu dalam bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik (STEM) 7 untuk diterapkan dalam hasil karya dengan kreativiti masing-masing melalui penghasilan Filem Pendek, Dokumentari, Animasi dan Iklanโ€Malam Anugerah Sabah Screen Fest 2023 ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim, Setiausaha Tetap kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YBhg. Datuk Raisin Saidin Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Tuan Syahrin Samsir Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi serta dihadiri oleh ketua-ketua agensi dan pegawai-pegawai kanan dibawah seliaan KSTIDi Sediakan oleh UNIT MEDIA SSF 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *