RM113, 266,306.35 juta dividen daripada 12 BBN dan GLC diterima tahun ini

KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah telah hadir menyaksikan Majlis Penyampaian Mock Cheque Dividen daripada Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) kepada Kerajaan Negeri yang diwakili Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Rusdin Riman di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu.

“Suka saya kongsikan, kita telah menerima sejumlah RM113, 266,306.35 juta dividen daripada 12 BBN dan GLC pada tahun ini.Selain itu, Qhazanah Sabah turut menyampaikan tambahan RM5 juta di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka serta sumbangan RM1 juta kepada Kerajaan Negeri daripada Koperasi Pembangunan Desa (KPD) yang mengisytiharkan keuntungan berdasarkan daripada anak-anak syarikatnya tahun ini”, kata Hajiji

Dalam majlis sama, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar turut menyerahkan mock cheque berjumlah RM87,869,819.82 juta daripada anak syarikat Yayasan Sabah ICSB kepada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong yang merupakan ahli lembaga pengarah.Saya berharap lebih banyak BBN dan GLC memenuhi tanggungjawab mereka bagi membantu kerajaan negeri dalam usaha membangunkan semula ekonomi negeri.Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua BBN dan GLC yang terlibat dalam majlis penyerahan ini antaranya ialah, Qhazanah Sabah Sdn Bhd, Desa Group of Companies, Kumpulan Yayasan Sabah, Saham Sabah Berhad, Korperasi Pembangunan Desa dan Tabin Wildlife Holiday Sdn Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published.