“ABAYA” DIMATA WARGA RANAU

Kundasang – Berikutan dengan kenyataan akhbar baru-baru ini yang menyatakan bahawa Abaya tidak layak diiktiraf sebagai baju tradisi atas sebab; 1. Tidak ditenun atau disulam cantik2. Tiada cerita mengenai Abaya untuk mengesahkan keasliannya 3. Hanya digunakan sebagai pakaian harian4. Banyak pengaruh unsur luaran. Tiada rekod di muzium .Puan Joaneseh James Ghani sebagai Pengerusi Women Council KDCA Ranau/Kundasang ingin menyatakan pendirian bahawa kenyataan tersebut hendaklah ditarikbalik sehinggalah penyelidikan yang masih โ€˜ongoingโ€™ selesai. Beliau turut mencadangkan agar satu jawatankuasa bebas yang terdiri daripada pihak berkepentingan mewakili setiap etnik yang memakai Abaya sebagai baju tradisi, pemegang adat, penggiat atau pakar budaya dan tradisi setempat diwujudkan untuk menentukan sama ada hasil penyelidikan tersebut benar membuktikan Abaya bukan baju tradisi sepertimana kenyataan yang telah dikeluarkan. Beliau percaya bahawa tradisi atau โ€˜koubasananโ€™ sesuatu etnik di mana-mana daerah merupakan hak istimewa etnik yang mengamal, melakukan dan/atau memakai baju tradisi tersebut dan bukanlah ditentukan oleh sebuah badan yang menuntut bahawa mereka adalah penjaga atau tradition keeper untuk semua etnik yang terdapat di Sabah atau semata-mata kerana tidak ada rekod di muzium. Setakat hari ini, Beliau dimaklumkan bahawa belum ada wakil penyelidik dari KDCA Women Council atau dari muzium yang datang untuk membuat penyelidikan berkenaan Abaya di Ranau/Kundasang atau sekitarnya. Beliau percaya komuniti terlibat akan sentiasa mengalu-alukan kehadiran para penyelidik untuk mendapatkan atau mencari maklumat berkenaan Abaya yang tidak terdapat di muzium. Oleh itu, sehingga penyelidikan selesai dibuat dan didedahkan kepada pihak berkepentingan, mohon kenyataan ditarik balik dan sama-sama kita menghormati adat dan tradisi setiap etnik yang terdapat di Sabah untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian sedia ada kerana perbezaan itulah menjadikan kita semua istimewa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *