DKLI Usaha hasilkan 7,000 liter susu setahun

KENINGAU, 27 JULAI 2021: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah berkesempatan melawat Keningau Integrated Livestock Centre (KILC) yang kini dikenali sebagai Desa Keningau Livestock Industries Sdn Bhd (DKLI).

KILC sebelum ini bernaung di bawah SEDIA, sejak 4 minggu lalu KILC telah bernaung di bawah Desa Group of Companies dengan penjenamaan semula dikenali sebagai Desa Keningau Livestock Induatries Sdn Bhd.

Misi DKLI ialah untuk menjadi pusat pembiakan lembu tenusu utama di negara ini. Untuk mencapai sasaran itu, pusat ini berusaha untuk menghasilkan lembu tenusu berkualiti tinggi dengan produktiviti melebihi 7,000 liter susu setahun atau lebih daripada 23 liter sehari.

Untuk mencapai misi tersebut, DKLI akan melaksanakan pelan pembangunan Fasa 2 yang memerlukan RM60.7 juta peruntukan dan ini akan dibiayai sepenuhnya melalui pelaburan sektor swasta.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah, YB Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk Hj Arifin Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas, YB Datuk Seri Panglima Sr Hj Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Robert Tawik, Pembantu Menteri Kerja Raya, YB Flovia Ng, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, YB Jasnih Daya, Pembantu Menteri Kewangan, YB Samad Jambri, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Andi Muhammad Suryady Bandy, Pembantu Menteri Belia dan Sukan, YB Mohamad Hamsan Ag Supian, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, YB Annuar Ayub, ADUN Liawan, YB Mohd Arsad Bistari, ADUN Tempasuk, YB Ghulamhaidar Khan Bahadar, Pengarah Yayasan Sabah, YB Fairuz Renddan, Setiausaha Politik Menteri Kewangan/ADUN Pintasan, Tuan Haji Rusdin Riman, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Tuan Aksyah Nasrah, Pengerusi Desa Group of Companies dan Datuk Seri Panglima Hj Hashim Paijan, Ketua Pegawai Eksekutif SEDIA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *