Penyerahan Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2020 Daerah Lahad Satu.

KOTA KINABALU: “Kejayaan seseorang pelajar itu punya pelbagai faktor dan ianya adalah usaha pelbagai pihak termasuklah pihak sekolah, keluarga dan yang paling utama adalah usaha pelajar itu sendiri”.

Alhamdulillah, dalam kesempatan ringkas hari ini, sebagai meraikan beberapa pelajar kita yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu di peringkat daerah Lahad Datu saya telah menyerahkan anugerah penghargaan kepada mereka.

Usaha kerdil saya ini adalah sebagai pembakar semangat buat mereka. Saya ingin melihat pelajar-pelajar kita ini menyahut cabaran untuk membuktikan bahawa mereka mampu meneruskan kejayaan yang lebih gemilang. Berusaha dengan lebih gigih berbekalkan ilmu yang dicurahkan guru-guru serta didikan daripada ibu bapa mereka. Inshaa Allah mereka boleh melakukannya.

Telah menjadi peranan kita sebagai sebuah masyarakat untuk memberikan semangat dan sokongan kepada mereka semua ini.

Saya suka memaparkan senarai nama penerima anugerah ini sebagai motivasi kepada mereka dan juga rakan-rakan mereka. Semoga ada kejayaan lebih gemilang untuk mereka pada masa akan datang. Inshaa Allah.

“Anak muda pemimpin masa hadapan”

  • Mizma Appehdullah – PPM N. 61 Segama
  1. SM ST DOMINIC – Nur Aisyah Yong binti Chin Tyam Sheung ( 9A)
  2. SMK SILABUKAN – NARIDA BINTI ARDI ( 9A )
  3. SMK TERUSAN – SHAZNIE HANIS HANANI BINTI SAIFUL AZHAR ABDULLAH ( 8A )
  4. SMK TUNGKU – SITI MARINA BINTI MUJAD ( 9A ).
  5. SMK DESA KENCANA – FAIZAL BIN JUANIS ( 9A ).
  6. SM SAINS – MOHAMMAD RIZZUANSYHA BIN LASILLA ( 9A ).
  7. SMK AGASEH – MUHAMMAD AMIR BIN ZULKIFLI ( 9A )
  8. SMK SEPAGAYA – AHMAD ZULHAIRIE BIN BEDDU ( 9A ).
  9. SMK SEGAMA –
    Khairunniswa Syadan (8A 1B)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *