Shafie Warisan tidak pernah selesaikan hutang Sabah

PUNCA SEBENAR WANG BAYARAN BON KERAJAAN RM1 BILLION IALAH DARI SINKING FUND YG DITUBUH SEJAK 2014. BUKAN SPT DAKWAAN DSSA BAHAWA DIA YG SETTLE BON RM1 BILLION.

1. Baru2 ini sy nampak dalam You Tube di Parliamen ucapan DSSA. Antara yg dia bangkitkan dia selesaikan hutang TM1 Billion Kerajaan Sabah. Waktu DUN Sabah bersidang dulu (18 Dis – 23 Dis 2020), ADUN Senallang membangkitkan bahawa kononnya Kerajaan Warisan lah yang membayar hutang RM1 Billion pada tahun 2019. Dakwaan pembayaran hutang itu dapat dibuat kononnya adalah kerana hasil penjimatan kerajaan Warisan pimpinanya. Dia juga mendakwa faedah hutang itu tinggi maka wajar dibayar sekaligus supaya kerajaan tidak terbeban dengan faedah yg tinggi dikenakan kpd hutang bon itu.

2. Dalam kempen PRN2020, DSSA juga mengunakan kemampuan membayar hutang ini, of course memang berbauh politik lah dalam ucapannya yg di “highlight” dgn kata “kalau ekonomi Sabah teruk, kenapa saya boleh bayar RM1 Billion hutang yang dibuat Musa Aman”? dalam infografik kempen mrk.

3. While I can understand that ini adalah bahasa politik, namun utk tahu fakta sebenar berdasarkan ucapan pengulungan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, YAB DSP Haji Hajiji Haji Noor, sebagai rujukan krn ucapan di DUN Sabah sememangnya ada krediliti dari segi kebenaran.

4. Untuk makluman, dalam buku2 penulisan mengenai pengurusan kewangan, ada istilah GOOD DEBT dan BAD DEBT.

5. Good debt (hutang yg baik) adalah jenis hutang yg anda pinjam menghasilkan pulangan lebih baik drpd bayaran hutang + faeahnya yg anda pinjam. Bagi BAD DEBT, sebaliknya berlaku.

6. Dalam kes penerbitan bon bernilai RM1 Billion ini (dibuat pada tahun 2014) oleh kerajaan BN Sabah pimpinan TS Musa Aman, wang bon itu dilaburkan di dalam simpanan tetap di Sabah Development Bank Berhad (SDBB). Kadar kupon (coupon rate) yg dikenakan terhadap bon itu ialah 4.275%, sementara kadar pulangan hasil simpanan tetap kerajaan di SDBB ialah 4.325% yakni kadar keuntungan bersih ialah 0.05%. Dalam erti kata lain kerajaan untung RM500,000/Tahun

Matematik pengiraannya: RM1,000,000,000 x 0.05%/Tahun = RM500,000/Tahun.

7. Ini mendatang pendapatan kepada kerajaan sebab itu sy katakan ini hutang yang baik (Good Debt) krn menjana pendapatan melebihi liability.

8. Sementara itu kerajaan BN pada waktu yang sama dgn penerbitan bon ini (2014), juga telah menubuhkan KUMPULAN WANG AMANAH (SINKING FUND) bagi maksud pembayaran balik bon tersebut. Setiap tahun kerajaan BN telah mencarum ke dalam SINGKING FUND ini supaya pada tahun 2019 waktu tempoh matangnya bon tersebut, wang utk membuat bullet payment hutang bon ini sudah tersedia.

9. Tarikh matang bon tersebut ialah pada tahun 2019. Kerajaan Warisan membayarnya pada tahun 2019 mengikut jadual yang telah ditetapkan pada waktu penerbitan bon itu, bukan dipendekkan oleh kerajaan Warisan.

10. Berdasarkan penjelasan langkah2 yg telah dibuat oleh kerajaan BN dulu, gambaran yg dibuat oleh ADUN2 drpd Senallang yang menyatakan seolah2 bayaran balik bon berkenaan dibuat secara sekali gus dengan mengunakan peruntukkan tahun kewangan 2019 adalah mengelirukan dan kurang tepat.

10. Hakikat sebenar, pembayaran tersebut telah menggunakan singking fund yang telah dicarum sejak dari awal sebaik sahaja bon tersebut diterbitkan.

11. Sekian harap pencerahan ini rakyat tahu lebih jelas.

#SabahMajuJaya

Glossary:

A. Bon – adalah pelaburan hutang di mana pelabur melabur wangnya kepada penerbit hutang iaitu kerajaan, badan kerajaan mahupun syarikat. Apabila anda melabur dalam bon, anda sebenarnya berperanan sebagai pemberi pinjaman wang kepada penerbit bon. Manakala penerbit pula bertindak sebagai peminjam dengan membeli bon tersebut. Seterusnya, penerbit bon akan membayar faedah tetap kepada anda bagi sepanjang tempoh pinjaman dan memulangkan jumlah wang pokok yang dipinjam apabila matang.

B. Bullet payment – bayaran penuh.

C. Sinking fund – wang yang disimpan untuk tujuan membayar hutang secara beransur-ansur

D. Coupon rate (kadar kupon) – Jumlah faedah yg akan diterima oleh pemegang bon secara berkala.

-Arthur Sen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *