Kestabilan politik di Sabah perlu dipertahankan: Datuk James Ratib

KOTA KINABALU: Kestabilan politik di negeri Sabah perlu dipertahankan walau pelbagai cabaran dan tekanan politik berlaku diperingkat pusat.

Gesaan itu dikeluarkan oleh Datuk James Ratib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sugut ketika mengulas kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Hj.Noor yang memberi keyakinan terhadap kestabilan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Tegas James, pergolakan politik diperingkat pusat tidak perlu dijadikan alasan oleh mana-mana pemimpin dalam Kerajaan GRS untuk mencipta polemik politik baru di negeri ini kerana ia hanya merugikan rakyat dan mencacatkan pentadbiran semasa kerajaan negeri.

โ€œSebagai ahli dalam kerajaan GRS, baik kita menjadikan apa yang berlaku diperingkat pusat sebagai tauladan bahawa pentingnya menjaga muafakat sesama ahli dalam kerajaan yang dipilih rakyat. Jangan terikut-ikut dengan rentak politik dan pemimin yang rakus ingin mendapatkan kuasaโ€, tegas James yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah.

Katanya, jaminan Ketua Menteri Sabah mengenai kedudukan Kerajaan GRS yang masih kukuh adalah tepat kerana setakat ini kesemua pemimpin dalam kerajaan itu sepakat untuk mempertahankan kedudukan Kerajaan Negeri Sabah yang ada.

Jelasnya, keadaan sekarang bukan pentas perdebatan politik untuk menentukan siapa berkuasa. Sebaliknya, penyelesaian kepada isu kesihatan dan ekonomi adalah perkara pokok yang memerlukan komitmen semua pihak.

โ€œRakyat menderita dengan penularan Covid-19 dan krisis ekonomi. Kenapa masih ada pihak yang seakan buta fikiran dan menjadikan isu politik sebagai bahan untuk di jaja mencari populairiti. Mereka ingat rakyat gembira melihat senario itu. Tuduhan Kerajaan Gagal adalah isu murahan yang tidak masuk akal sama sekaliโ€,ujarnya pada Selasa.

Dalam masa sama, James turut mengakui pendiriannya untuk terus setia bersama Kerajaan GRS dibawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah termasuk menyokong kepimpinan Kerajaan Pusat dibawah Perdana Menteri Malaysia.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Datuk Seri Panglima Hajiji Hj.Noor selaku Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi GRS menyatakan,Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetap bertahan walaupun situasi politik semasa di Kuala Lumpur tidak menentu berikutan tekanan kepada Kerajaan Perikatan Nasional untuk mempertahankan Kedudukan. Sumber Berita Dipetik : borneodailybulletin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *