1,010 Kes COVID-19 Dicatatkan di Sabah Hari Ini

KOTA KINABALU : Saringan kontak rapat masih perlu untuk diteruskan walaupun menyumbang kepada peningkatan jumlah kes harian di Sabah menurut Datuk Seri Masidi Manjun. Peningkatan kes juga berlaku dalam kalangan pesakit yang memiliki tanda – tanda jangkitan sebelum saringan dilaksanakan.

“52 peratus kes adalah daripada kumpulan kontak rapat dan 22 peratus telah mendapat tanda – tanda jangkitan sebelum saringan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, kes sporadik dan bagi yang memiliki tanda – tanda jangkitan ini masih belum diketahui titik temunya menjadikan penularan berlaku dengan pantas. Masidi percaya virus Covid-19 ini sudah berada dalam kalangan masyarakat dan perlu dikenalpasti dengan segera.

“Semua perlu meningkatkan penjagaan SOP dan mengamalkan langkah berjaga – jaga untuk mengawal penularan COVID-19 ini,” tegasnya.

Masidi turut menyatakan kerisauannya bagi mereka yang belum menerima suntikan vaksinasi dan mengingatkan mereka untuk lebih berjaga – jaga seta mengamalkan penjagaan SOP yang lebih ketat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.