Polis Marin Mematahkan aktiviti pengeboman ikan

SEMPORNA – 17 Mei 2021: Polis Marin Semporna telah menahan dan memeriksa sebuah perahu berwarna kuning, menggunakan enjin sangkut jenama yamaha enduro 15hp yang mencurigakan pada petang semalam di kawasan laut kampung Tongkaloh, Semporna.

Hasil pemeriksaan ke atas perahu yang dijuragani oleh seorang lelaki berbangsa Bajau berumur 27 tahun berasal dari Kampung Kabogan Semporna, telah menjumpai 02 batang detonator beserta 01 kotak mancis yang disembunyikan di dalam 01 balang lutsinar penutup bewarna merah dipercayai digunakan untuk kegiatan bom ikan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohammad bin Ismail berkata lelaki dan peralatan mengebom ikan tersebut ditahan dan disiasat dibawah Akta Bahan Letupan 1957 seksyen 8 dengan jumlah nilai rampasan RM 10,715.00.Justeru itu, Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim bagi melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0132831197.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *