RM104,937 diterima oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah

KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah menerima sumbangan sebanyak RM104,937 daripada penjawat awam negeri yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) untuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah.

Jumlah tersebut adalah hasil pengurangan elaun pejawat awam daripada Gred 29 dan ke atas, bagi membantu meringankan bebanan rakyat Sabah yang masih berdepan dengan wabak COVID-19.

Turut hadir bersama, Ybhg. Datuk Datu Rosmadi Sulai, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri dan Ybhg. Datuk Hajah Masnah Matsalleh, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *