Fokus pulihkan negara dan bantu rakyat

KOTA KINABALU: Ketua ARMADA BERSATU Sabah Fairuz Renddan berkata bahawa tidak ada istilah kerajaan gagal dan sekarang adalah masa bantu rakyat dan fokus untuk pulihkan negara daripada dibelenggu COVID-19.

“Kita sekarang, fokus untuk pulihkan negara, pulihkan ekonomi, bantu rakyat, bangkit semula dan bebas dari belenggu COVID-19.

Fairus merupakan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Pintasan juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) terdiri daripada parti-parti komponen seperti BERSATU, UMNO, PAS, dan termasuk juga parti-parti tempatan Sabah seperti STAR, SAPP, PBS dan PBRS adalah kerajaan yang tidak gagal dalam mentadbir negara di saat berhadapan dengan pademik COVID-19.

“Semua kita bersatu dalam nama Kerajaan PN untuk memfokuskan kepada penyelesaian masalah yang melanda seluruh negara kerana COVID-19, tidak wajarlah wujud sesetengah pihak melabel kerajaan kini sebagai kerajaan gagal.

“Pastinya jika ada yang berkata demikian, bermakna dia sendiri tidak melihat kerjasama semua dalam gabungan yang membentuk Kerajaan PN dan bercakap tanpa ada rasional,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

“Apa lagi jalan terbaik yang kita punya, selain daripada bersatu dan teguh melawan COVID-19, terus patuh SOP, amalkan kawalan kendiri untuk diri sendiri dan keluarga serta orang sekeliling, dan ambil suntikan vaksin,” katanya dalam satu kenyataan media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *