Lori lebih muatan punca jalan selalu rosak di Batu 32 Sandakan?

Projek Pan Borneo laluan-laluan utama dari Batu 32 hingga ke Kampung Baoto ini kerap menjadi perhatian awam kerana jalan ini antara jalan yang mempunyai kerosakkan yang teruk menyumbang kerosakan kepada tayar kenderaan pengguna lebih-lebih lagi sewaktu perayaan dan cuti sekolah.

Pengguna yang melalui jalan ini melihat salah satu faktor daripada masalah kerosakan jalan ini berlaku disebabkan oleh muatan pengangkutan yang melebihi muatan selalu melalui jalan ini.

Apabila kenderaan yang melebihi muatan melalui jalan akan menyebabkan lapisan jalan mudah rosak yang membawa kepada wujudkan lubang-lubang besar di jalan.

Ditambah lagi faktor jalan yang sudah melebihi 3 tahun biasanya sudah tamat tempoh dan perlu pembaikkan major dan secara besaran-besaran dan bukan lagi membuat pembaikan minor.

Buat sementara waktu ini dilihat beberapa jentera digerakkan oleh kontraktor untuk memperbaiki jalan yang rosak sekitar sini.
Antara usaha yang dilakukan oleh menampal lubang-lubang jalan ini untuk mengelakkan kerosakkan kenderaan yang melalui jalan ini.

Tetapi sekali pun jalan ini diperbaiki secara besar-besaran tetapi kurang penguatkuasaan dan tindakkan terhadap lori lebih muatan, tetap jalan yang baharu pun tidak bertahan lama.

Oleh yang demikian penguatkuasaan perlu dilakukan selalu untuk memastikan tiada lori lebih muatan melalui jalan ini. – Pandangan Pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *