Longgar SOP Sabah: Bung berdiri teguh dibelakang keputusan Hajiji

KOTA KINABALU: Datuk Seri Bung Moktar Radin menyokong keputusan Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah untuk melonggarkan sebahagian prosedur standard operasi (SOP) dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama di Negeri Sabah

โ€œSelaku pemimpin di Sabah, keputusan kerajaan negeri ini adalah satu keputusan bersama setelah perbincangan dibuat dan saya berdiri teguh dibelakang keputusan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

โ€œNamun kita juga tidak menafikan kehendak dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pusat dan sudah pasti kita semua mahu penularan wabak COVID-19 ini dapat dicegah dan ditamatkan segera,โ€katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) disini hari ini.

Tegas Bung juga keputusan melonggarkan sebahagian SOP itu juga bagi mempertingkatkan lagi ekonomi rakyat negeri Sabah.

โ€œNamun jika ada SOP yang boleh datangkan penularan jangkitan tinggi, sudah pasti kerajaan negeri tidak akan longgarkan.

โ€œApa yang penting sekarang, kerajaan perlu percepatkan vaksinasi kepada seluruh rakyat di Malaysia termasuk di Sabah,โ€katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *