COVID-19: Rekod 13,215 kes baharu, Sabah mencatatkan 370 kes hari ini

KOTA KINABALU: Kes baharu hari ini COVID-19 di negara ini terus merisaukan dengan pertambahan 13,215 kes dilaporkan hari ini.

Negeri Selangor menjadi penyumbang tertinggi kes COVID-19 dengan 6,120 kes dan pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 880,782 kes.

“Turut mencatat pertambahan kes hari ini ialah Negeri Sembilan dengan 1,603 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,499), Kedah (695), Johor (599), Pulau Pinang (509), Melaka (484), Sabah (370), Sarawak (363), Perak (344), Kelantan (255) dan Pahang (222),” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

“Terengganu mencatat 70 kes baharu, Putrajaya (53), Labuan (26) dan Perlis (tiga),” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *