Negeri Sabah dapat perhatian Duta Perancis & Finland dari segi pelaburan ekonomi
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menerima lawatan berbeza daripada dua wakil kedutaan daripada Finland & Perancis hari ini di Menara Kinabalu.
“Kujungan hormat daripada Duta Besar Perancis ke Sabah, Malaysia, diwakili oleh H.E Roland Galharague manakala H.E Sami Rafael Leino, mewakili Duta Besar Finland.
“Kunjungan ini adalah bertujuan untuk menjamin kelestarian hubungan diplomatik di antara Sabah dan Perancis disamping membincangkan mengenai hala tuju ekonomi bagi kedua-dua pihak terutamanya dalam cabaran pandemik COVID-19.
“Pertemuan ini sudah semestinya akan memberi manfaat kepada Sabah menerusi peluang pelaburan berimpak tinggi yang lebih luas.
“Perbincangan kami hari ini menjurus kepada usaha-usaha untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Sabah dan Finland dari segi meluaskan peluang perdagangan serta menarik pelabur dalam pelbagai bidang di negeri ini.
“Kita akan terus meneroka peluang yang ada melalui kerjasama dua hala seperti ini yang mampu memberi impak positif kepada ekonomi Sabah,’ kata Hajiji