4 PATI warga Filipina diusir keluar

LAHAD DATU, 08 Jun (Selasa) โ€“ Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu telah berjaya menahan empat orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dalam Operasi Benteng Covid di Perairan Laut Tungku, hari ini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu, Superintendent Gan Ping Sin berkata โ€œ Semasa sedang membuat rondaan di kawasan tanggungjawab, PPM Lahad Datu telah berjaya mengesan dan memintas satu pumpbot yang dinaiki oleh tiga orang lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa dalam keadaan mencurigakan dari perairan negara jiran memasuki perairan negara.

Temubual awal keatas juragan dan penumpang bot memberitahu berasal dari Sitangkai Filipina dan hendak menuju ke Telisai Tungku. Juragan dan penumpang bot juga didapati gagal mengemukakan sebarang dokument perjalanan yang sah semasa diperiksa.

Kesemua mereka diarah untuk berpatah balik dengan diiring sehingga keluar dari perairan negaraPasukan Polis Marin Lahad Datu sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan kawalan pergerakan di kawasan perairan negara khususnya Lahad Datu bagi mengekang penularan wabak penyakit pandemik Covid-19 dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membolosi persempadanan negara.โ€

Tambahnya lagi, Pihak Pasukan Polis Marin Lahad Datu menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di nombor ‘0132831197’ atau berhubung ke Gerakan PPM Lahad Datu di talian ‘0139808084’ bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.

Sumber : Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *