ADUN dilantik gesa jadi pengguna bijak menerusi persatuan

RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Datuk Amisah Yassin meminta semua ahli persatuan pengguna di daerah ini menggunakan persatuan sebagai wadah perjuangan.

Beliau berkata ahli-ahli persatuan seperti Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah (WCAS) perlu membuat aktiviti mewujudkan kesedaran hak-hak pengguna dan bagaimana menjadi pengguna bijak.

“Melalui persatuan pengguna ahli-ahli persatuan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bersesuaian untuk mempersiapkan diri sebagai pengguna yang bijak.

“Selain dapat membantu masyarakat setempat dalam memberi kefahaman berhubung saluran aduan pengguna kepada KPDNKK dan Kementerian serta agensi berkaitan.

“Persatuan pengguna dapat mewujudkan kumpulan masyarakat yang bertanggungjawab, bijak, peka, komited, proaktif dan berinformasi terhadap keseluruhan isu kepenggunaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan RM3000 daripada Presiden WCAS, David Chan, hari ini.

Amisah yang juga Ketua Srikandi BERSATU Ranau dan Penaung WCAS merakamkan ucapan tahniah kepada David yang telah mengadakan aktiviti pertama ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau meminta persatuan terbabit sentiasa peka kepada perkembangan semasa mengenai isu isu pengguna seperti skim cepat kaya, penipuan dan sebagainya.

Jelasnya, ahli persatuan perlu kemas kini pengetahuan undang-undang yang dilaksanakan untuk melindungi hak-hak pengguna.

“Persatuan ini bukan musuh kepada peniaga tetapi sebagai perantaran diantara peniaga dan pengguna ‘win-win situation’, peniaga jujur dan pengguna bijak.

“Saya juga mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan dalam membantu dan juga sumbangan semasa PKPB di daerah Ranau ini kepada mereka yang memerlukan bantuan seperti makanan,” katanya.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published.