Polis Marin gagalkan penyeludupan minuman keras

LABUAN, 27 Julai 2021: Polis Marin (PPM) WP Labuan dalam satu operasi di perairan laut Sipitang Sabah telah terserempak dengan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan pada jam lebih kurang 3.30 awal pagi tadi yang bergerak dari arah Pulau Labuan menuju ke perairan laut Sipitang Tanah Besar Sabah.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM WP Labuan, ASP Saidul Maruf Bin Rosli, Bot tersebut diarahkan berhenti oleh Polis Marin tetapi tidak diendahkan dan terus memecut laju melarikan diri.

Sejumlah minuman keras yang didapati terapung di permukaan air telah dibuang oleh suspek semasa dikejar Polis Marin. Bot tersebut berjaya memecut dan meloloskan diri dalam keadaan gelap dan tidak dapat dikesan.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati minuman keras jenis Carlsberg dan tidak bercukai dipercayai ingin diseludup ke Tanah Besar Sabah.

Nilai rampasan minuman keras termasuk cukai dianggarkan berjumlah RM7,362.36. Kes disiasat dibawah kesalahan Akta Kastam 1967.

Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Kawalan PPM W4 Sabah di talian 013-9391197.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *