SPRM tahan pegawai badan berkanun dipercayai terbabit rasuah RM22,000

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pegawai dipercayai meminta wang rasuah berjumlahย ย RM22,000 di sini hari ini.

Menurut sumber, suspek berusia 33 tahun itu pernah berkhidmat disalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan sebuah kementerian menerima suapan daripada seorang pemilik  syarikat sebagai dorongan agar  diberikan kerja-kerja berkaitan pembersihan tanah.

โ€œSuspek sebelum ini pernah bertugas di sebuah daerah di Sabah di tahan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu, Sabah kira-kira jam 12.30 tengahari tadi,โ€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah dalam masa terdekat. -SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *