Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (KILC) dijangka mengeluarkan lembu tenusu yang berkualiti tinggi.

KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, hadir dan menyaksikan penyerahan Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (KILC) dari SEDIA Desa Cattle Sdn Bhd kepada Desa Cattle Sdn Bhd.

Kerajaan Negeri menaruh penuh kepercayaan kepada Desa Cattle sebagai syarikat dan pelabur utama dalam mempimpin pengembangan tahap dua KILC sekali gus mewakili negeri ini dalam menerajui industri ruminan di Sabah.

KILC merupakan program pembangunan strategik yang dirancang untuk menghasilkan lembu tenusu berkualiti tinggi. KILC memiliki kemampuan untuk menempatkan 2,000 lembu tenusu dengan menyasarkan pengeluaran susu tahunan adalah sebanyak 10 juta liter dan 810 ekor โ€˜feeder cattleโ€™ yang bersamaan dengan 1,500 tan metrik daging lembu setahun.

Jumlah pelaburan dianggarkan sebanyak RM118 juta, dibahagikan kepada dua fasa. Pada fasa satu, dana sebanyak RM57.3 juta telah digunakan untuk membina infrastruktur dengan kapasiti 500 ekor, telah siap 19 Ogos 2013 melalui SEDIA. Pada fasa dua, sebanyak RM60.7 juta dibiayai sepenuhnya melalui pelaburan swasta untuk pengembangan dan pembangunan infrastruktur menampung 2,000 ekor lembu.

Selain itu, keperluan teknikal dan pentadbiran diperlukan bagi menstabilkan operasi KILC. Seramai 40 kakitangan tempatan serta tiga pakar antarabangsa terlibat dalam KILC. Kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga telah dilaksanakan. Setakat ini 10 graduan UMS telah menamatkan latihan industri selama lapan bulan. Tiga daripada graduan itu kini bekerja di KILC.

Sasaran jangka panjang KILC adalah untuk mengeluarkan lembu tenusu yang berkualiti tinggi dengan produktiviti melebihi 7,000 liter setahun bagi setiap ekor untuk mencapai misinya sebagai pusat pembiakan lembu utama di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *