776 kes COVID-19 hari ini

KOTA KINABALU: Sabah mencatat 776 kes COVID-19 hari ini dan Kota KInabalu kekal penyumbang tertinggi kes harian, iaitu sebanyak sebanyak 214 kes diikuti Sandakan 86 kes dan Tawau 75 kes kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun

 “Tiga kluster baharu yang dikesan di Tawau membabitkan Kluster Lahat-Lahat (komuniti), Kluster Batu Keramat (komuniti) dan Kluster Unipark (tempat kerja).

“Sebanyak 56.7 peratus iaitu 439 kes baharu dikesan dari kontak rapat, 20 peratus (153 kes) hasil saringan bergejala manakala 9.5 peratus iaitu 74 kes dikesan dari kluster.

“Sipitang menjadi satu-satunya daerah di negeri ini yang tidak merekodkan sebarang kes baharu COVID-19 hari ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *