Bangun lebih banyak kemudahan untuk aktiviti agama – Fairuz

KOTA BELUD, 15 Mac 2021: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan memberitahu bahawa beliau mempunyai hasrat untuk membangunkan lebih banyak kemudahan bagi tujuan aktiviti keagamaan untuk kawasan Pintasan.

Katanya, aktiviti keagamaan tidak asing lagi bagi kebanyakan penduduk khasnya di kawasan kampung.

โ€œMasih banyak yang perlu saya lakukan khasnya untuk menyediakan lebih banyak kemudahan aktiviti keagamaan untuk semua rakyat di seluruh Pintasan, tanpa mengira perbezaan anutan dan fahaman agama kerana pucuk pangkal usaha saya ialah menambah baik aspek-aspek bagi tujuan aktiviti keagamaan semua rakyat.

โ€œUntuk itu, saya kini mahu memfokuskan kepada usaha untuk menambahbaik dan menaiktaraf rumah ibadat di kawasan Pintasan, yang saya akan mulakan dengan masjid dan seterusnya gereja serta lain-lain pusat aktiviti ilmu agama seperti kelas fardhu ain,โ€ katanya.

Menurut Fairuz, sebuah Sekolah Menengah Agama Negeri juga bakal di bina di kawasan Pintasan.

โ€œTidak lama lagi, mudah-mudahan usaha pembinaan Sekolah Agama Negeri Kota Belud di Kampungn Bungan yang akan dibina, mampu melahirkan ramai anak soleh dan solehah yang membawa bakti kepada agama dan negeri.

Tambah Fairuz lagi, pihaknya juga akan memantau segala aktiviti dan keperluan untuk aktiviti agama di seluruh DUN Pintasan.

โ€œSaya berharap usaha ini akan dipermudahkan oleh Tuhan dan saya yakin Kerajaan Negeri Sabah juga akan sentiasa mengutamakan segala hal kebajikan rakyat termasuk yang berkaitan dengan aktiviti keagamaan.

โ€œSemoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan semoga lebih banyak yang mampu saya bawakan untuk memenuhi keperluan penduduk Pintasan,โ€ ujar beliau lagi.

Pada Ahad, Fairuz telah melawat ke lapan buah masjid di sekitar kawasan Pintasan termasuk Masjid Jamek Taun Gusi, Masjid Kampung Kesapang, Masjid Kampung Penampang, Masjid Kampung Tambilaung, Masjid Kampung Nanamun, Masjid Kampung Pintasan, Masjid Kampung Tawadakan dan Masjid Pantai Emas.

โ€œRata-rata masjid yang saya kunjung dan pantau hari ini memang memerlukan penambahbaikan dan usaha naik taraf kerana masjid-masjid ini sudah lama, ada yang siling hampir rosak, lantai sudah tidak kukuh, keadaan fasiliti yang agak kurang dan ada juga yang memerlukan pembinaan semula,โ€ ujar beliau lagi. – newsabahnews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *