2 ADUN UMNO Sabah kekal

KOTA KINABALU: Datuk Harun Durabi (Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Andi Suryady Bandy (Pembangunan Perindustrian) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti UMNO Negeri Sabah kekal dilantik sebagai pembantu Menteri dalam kabinet kerajaan negeri Sabah hari ini.

Pelantikan dan rombakan pembantu menteri hari ini adalah usaha berterusan untuk memantapkan dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Pelantikan pembantu menteri adalah untuk mengisi dua jawatan yang ditinggalkan Datuk James Ratib, bekas Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan yang kini Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dan Datuk Jasnih Daya yang memilih untuk
melepaskan jawatan Pembantu Menteri Kewangan untuk memberi laluan kepada pelantikan orang lain.

โ€œUntuk membina pasukan yang mantap, saya telah melantik Datuk Ruslan Muharam daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, manakala Peto Galim dan Tan Lee Fatt dari Pakatan Harapan akan mengambil alih peranan mereka sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan dan Pembantu Menteri Kewangan masing-masing untuk menambah inklusif sedia ada pentadbiran,โ€ katanya.

Empat pembantu menteri semasa yang terlibat dalam pertukaran portfolio ialah Datoโ€™ Sri Dr Ruddy Awah (Pembangunan Luar Bandar), Datuk Harun Durabi (Sains, Teknologi dan
Inovasi), Datuk Fairuz Renddan (Belia dan Sukan) dan Datuk Andi Suryady Bandy (Pembangunan Perindustrian). Ruddy dan Fairuz dari GRS manakala Harun dan Andi Suryady dari UMNO/BN. -SM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *