Cadang tanah rizab diberikan kepada rakyat -Fairuz

KOTA KINABALU: Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan mencadangkan tanah-tanah rizab Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) supaya digazetkan untuk rakyat Sabah. Fairuz mencadangkan usul ini dalam sesi perbahasan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) kali ke-16

“Tanah-tanah ini boleh dikeluarkan daripada senarai tanah rizab SAFODA dan diberikan pemilikan kepada orang kampung kerana orang kampung memerlukan tanah untuk membina kediaman, bercucuk tanam dan menternak haiwan.

“Hal ini amat perlu untuk diteliti kerana rakyat tempatan sudah lama menetap di kawasan tanah-tanah rizab tersebut dan pernah membuat permohonan untuk memiliki tanah tersebut, namun gagal kerana tanah tersebut dinyatakan sebagai tanah rizab milik SAFODA,” jelas Fairuz.

“Bagi mencapai matlamat Belanjawan Negeri Sabah 2022 dengan tema Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera, pernilaian semula dan pemberian pemilikan tanah-tanah rizab kepada rakyat mampu menjadi satu faktor penyumbang kepada pemulihan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Rakyat dapat bercucuk tanam dan menternak, sekaligus meningkatkan pendapatan mereka dengan sektor ekonomi sara diri, melalui tanah yang diberikan kepada mereka.

“Saya yakin, permasalahan tanah bukan hanya timbul di kawasan saya di Pintasan, bahkan juga di kawasan lain di seluruh negeri Sabah dan semoga Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan cadangan ini, demi kepentingan rakyat,”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *