Ketua Menteri Sabah ucap takziah atas pemergian Tun Rahah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag mewakili kerajaan negeri Sabah mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah, 87, yang telah menghembuskan nafas terakhir.

Hajiji dalam satu kenyataan media pendek hari ini turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian allahyarhamah yang merupakan balu kepada bekas Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

“Semoga seluruh keluarga Allahyarhamah yang juga ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.

“Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya.

Terdahulu, media hari ini melaporkan allahyarhamah meninggal dunia ketika dalam rawatan di sebuah hospital swasta, petang tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.