Tipu jual beli tanah, lelaki dipenjara tiga tahun
Oleh: Mazeenal Jamalin
KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan di penjarakan tiga tahun serta denda RM5,000 dan jika gagal membayar denda itu, boleh di penjarakan12 bulan kerana memperdayakan orang dalam aktiviti jual beli tanah seluas lebih dua ekar dengan harga RM296,000.
Majistret Lovely Natasha Charles menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zairul Hakim Mokhtar, 29 selepas beliau mengaku melakukan kesalahan itu pada 27 Januari 2019 bertempat di Vilolin & Co. Advocates & Solicitors di Damai Plaza Phase 1, Luyang.
Mohd Zairul telah memperdayakan seorang lelaki berusia 29 tahun dengan membuatkan beliau percaya bahawa dia (Mohd Zairul) adalah pemilik tanah berkeluasan 2.19 ekar yang beralamat di Sandakan dan telah menjualkan tanah itu kepada lelaki berkenaan.
Kesalahan itu di baca di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dengan sebatan serta denda.
Menurut fakta kes, pada mangsa menyedari bahawa dia diperdayakan oleh tertuduh semasa beliau pergi ke jabatan tanah dan ukur untuk tujuan penukaran hak milik tanah.
Menurut pegawai yang bertugas di Jabatan Tanah, pemilik pertama tanah berkenaan telah membuat laporan dan aduan yang mengatakan bahawa beliau tidak pernah menjual tanahnya kepada penama Mohd Zairul Hakim malah dia juga tidak mengenali penama tersebut.
Mangsa kemudiannya telah menghubungi tertuduh mengenai hal berkenaan berbincang secara baik seterusnya meminta tertuduh membayar semula wang yang diberikan dalam tempoh masa yang di tetapkan.
Walau bagaimanapun tiada sebarang tindak balas dari tertuduh.
Siasatan lanjut mendapati tertuduh berniat menipu mangsa berdasarkan geran yang telah dipalsukan.
Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, Mohd Zairul merayu agar hukuman ringan di berikan kepadanya dan memohon agar hukuman itu dapat dijalankan secara serentak dengan hukuman yang beliau sedang jalani.
Inspektor Kelvan Elson Maik hadir sebagai pegawai pendakwaan.