Aidiladha panduan menghadapi ujian besar asbab wabak yang menular – Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meminta umat islam di negeri ini agar menghayati dan mengambil iktibar sejarah serta kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan putera baginda Ismail AS dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar ini.

Katanya, Aidiladha adalah hari kebesaran Islam yang juga disabmbut di seluruh dunia dengan penuh keinsafan dan pengertian besar.

“Ini adalah tahun kedua umat islam menyambut Aidiladha ketika penularan pandemik COVID-19. Bagi kita umat Islam di Sabah, iktibar daripada Aidiladha menjadi panduan dalam menhadapi cabaran pandemik COVID-19

“Aidiladha pada kali ini mengingatkan kita erti kesabaran. Dalam keadaan dan cabaran yang sedang kita hadapi ketika ini, situasi sebegini sebenarnya menuntut kita agar sentiasa bersabar, bersyukur, bermuhasabah diri, berlapang dada dan menempuh cabaran ini secara bersama

“Ia juga adalah satu pengorbanan besar setiap individu, selarah dengan tuntutan dan ajaran Islam. Raikan Aidiladha ini bersama keluarga di rumah masing-masing dengan mematuhi prosedur standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya dalam Perutusan Hari Raya Aidiladha pada Ahad lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.