Salah guna dadah, 4 lelaki diberkas

KUDAT: Empat lelaki berumur llingkungan 19 hingga 42 berjaya ditangkap oleh Polis Marin Kudat dalam satu serbuan berasingan malam semalam.

Pemangku Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Kudat ASP Cyril Douglas, hasil risikan dan pemantauan telah mengesan sebuah kenderaan yang dinaiki tiga lelaki dewasa di kawasan Jalan Perapat Limau-limauan berjaya ditahan.

Hasil pemeriksaan kesemua individu dan kenderaan yang dinaiki telah menjumpai sejumlah dadah yang disyaki jenis syabu dalam milikannya.Siasatan awal dijalankan terhadap ketiga- tiga individu tersebut telah membawa kepada serbuan seterusnya di sebuah rumah tidak beralamat di sebuah kampung Kudat.

Hasil serbuan dan pemeriksaan lanjut keatas rumah tersebut didapati terdapat seorang lelaki dewasa dan sejumlah dadah yang disyaki jenis syabu terdapat dalam milikannya.

Tangkapan dan barang-barang rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan berjumlah sebanyak RM 57,180.00. Kes disiasat dibawah Akta Dadah Merbahaya 1952.

Justeru itu, Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0132831197. TIADA HARI TANPA KEBERHASILAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *