Pemandu mengamuk rempuh tiga kenderaan di KKIA

KOTA KINABALU: Video tular di laman sosial dilihat melanggar beberapa kenderaan telah menimbulkan pelbagai persoalan oleh netizen. Seorang pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bertidak melanggar tiga kenderaan dalam kejadian kira-kira 1 petang tadi.

Warga emas berumur 60 tahun dipercayai marah selepas giliran untuk mengambil penumpang dipotong oleh rakan pemandu teksi yang lain. Kejadian ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan tetapi kelihatan beberapa kederaan mengalami kerosakan.

Seorang pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini bertindak ‘berani mati’ selepas merempuh tiga kenderaan dalam kejadian kira-kira jam 1 petang tadi.

Tindakan lelaki terbabit yang mengamuk hingga merempuh tiga kenderaan mengejutkan orang awam yang berada di kawasan berkenaan.

Warga emas yang berumur awal 60-an itu dipercayai berang selepas barisan menunggu penumpang dipotong rakan pemandu lain.

Biarpun kejadian mencemaskan itu mengakibatkan kerosakan teruk pada kenderaan pemandu terbabit serta kenderaan lain, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian untuk tindakan selanjutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.