Kerajaan Negeri ambil maklum permohonan SLS untuk semakan kehakiman

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengambil maklum permohonan Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) untuk semakan kehakiman berhubung isu pemberian khas peruntukan 40 peratus kepada Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan Sabah melihatinisiatif SLS dari sudut positif yang tidak berpihak dan tidak berpolitik dalam kepentingan bersama aturan perlembagaan ketika Sabah terlibat dalam pembentukan Malaysia pada1963.

“Kerajaan Sabah telah, dan akan terus menerus dan bersungguh-sungguh menuntut hak 40 peratus dan lain-lain hak serta kepentingan Sabah dengan kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

April lalu, Hajiji berkata, Sabah mengalu-alukan kenaikan empat kali ganda Geran Khas Kerajaan Persekutuan untuk Sabah daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta mulai tahun ini.

Beliau turut melihat ia sebagai langkah yang baik untuk pembangunan Sabah sementara Kerajaan Negeri akan terus menuntut 40 peratus seperti yang dipersetujui di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). -SM

Leave a Reply

Your email address will not be published.