Warga Filipina Dipenjara Kerana Memiliki Kad Pengenalan Palsu

PUTRAJAYA: Di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini, seorang lelaki warganegara Filipina telah mengaku bersalah kerana memiliki kad pengenalan palsu sebagai dokumen pengenalan diri.

Pendakwaan terhadap tertuduh dilakukan mengikut Seksyen 25(1)(e), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana memilik kad pengenalan palsu sebagai dokumen pengenalan diri dan telah dijatuhkan hukuman 2 bulan penjara dari tarikh ditangkap.

Berdasarkan fakta kes tertuduh, Litok Sidek, telah ditahan di sekitar Shah Alam, Selangor dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya pada 08 Jun 2022.

Sehubungan itu JPN menyeru serta ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa memberikan kerjasama untuk membuat aduan terus kepada pihak berkuasa bagi setiap isu penyelewengan yang dikesan agar setiap kesalahan yang dilakukan dapat diambil tindakan penguatkuasaan yang boleh menjadi teladan kepada masyarakat amnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *