Polis Marin gagalkan cubaan seludup rokok

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu telah membuat serbuan dan pemeriksaan di kawasan jalan Telipok hasil daripada maklumat orang awam dalam satu Operasi malam tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu ASP Roslan Bin Awang berkata beberapa orang lelaki dewasa berada di belakang Farmasi Aslam UUS Telipok dalam keadaan mencurigakan dan menyedari akan kehadiran polis lalu bertindak melarikan diri.

Hasil pemeriksaan telah menemui beberapa kotak dan bungkusan plastik hitam berisi pelbagai Jenis rokok tidak bercukai. Rampasan dibawa ke Balai Polis Kota kinabalu untuk tindakan selanjutnya. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM4,800.00.

Kes di siasat dibawah Akta Kastam 1967.Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah mengalu-alukan masyarakat terutama masyarakat Maritim dan Persisir Pantai disarankan untuk menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 013-9391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *