Pantau kegiatan penyeludupan ayam di Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan akan melancarkan aktiviti pemantauan dalam usaha membanteras penyeludupan ayam secara besar-besaran menerusi beberapa kaedah secepat mungkin.

Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan I Datuk James Ratib berkata, tindakan itu perlu selepas pihaknya percaya terdapat aktiviti penyeludupan haiwan berkenaan yang dipercayai semakin berleluasa.

Katanya, ia dibimbangi akan menyebabkan masalah bekalan ayam yang besar kepada pengguna di negeri ini.

โ€œHari ini, dalam lawatan saya ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar, mendapati cara pengawalan kegiatan penyeludupan ayam sangat longgar.

โ€œOleh itu, saya akan merangka beberapa ketetapan yang diharapkan akan mampu membanteras penyeludupan ayam secara besar-besaran di Sabah,โ€ katanya.

James berkata, antara langkah awal adalah menempatkan pegawai penguatkuasa mencukupi di kit-kit pelabuhan, di sini, bagi melakukan pemeriksaan yang lebih rapi.

Katanya, ia bagi memastikan setiap kemasukan kontena di Pelabuhan Sepanggar bebas daripada aktiviti penyeludupan ayam selain memastikan kemasukan ayam berjalan dengan telus serta mematuhi peraturan ditetapkan.

โ€œSaya juga akan menyediakan beberapa kenderaan untuk mengekori kontena yang dipercayai membawa muatan secara deklarasi palsu sehingga sampai ke destinasi,โ€ katanya.

James berkata, isu halal juga akan turut diketengahkan kerana sekiranya berlaku penyeludupan, status halal bagi bekalan ayam diragui dan dibimbangi mudarat pengguna.

Katanya, kegiatan penyeludupan di Sabah boleh menimbulkan dua isu yang sangat besar iaitu melibatkan isu Halal dan juga ketirisan.

โ€œKetirisan yang kita maksudkan ialah kegiatan yang salah di sisi undang-undang sehingga mengakibatkan kerugian besar dari segi hasil pungutan oleh Kerajaan Negeri Sabah. -Sabah360

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *