Rokok keretek bernilai RM104,960 dirampas

Sandakan, 9 Ogos 2021 : Cubaan menyeludup masuk rokok dipercayai tidak bercukai telah digagalkan apabila dalam satu operasi Polis Marin Sandakan di kawasan pesisiran pantai Kg Bahagia, Sandakan lewat malam semalam.

Menurut Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Sandakan, DSP Rusdin Bin Banin, semasa membuat pemeriksaan di kawasan pantai tersebut mendapati dua (2) orang berada di kawasan tersebut sedang memunggah dan menyedari kehadiran polis lalu mereka bertindak melarikan diri ke kawasan setinggan.

Hasil pemeriksaan ke atas tempat kejadian tersebut telah menemui beberapa kotak rokok keretek dianggarkan bernilai RM104,960.00.

Barang rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967.

Pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di nombor ‘0139391197 ‘ atau berhubung terus ke Gerakan PPM Sandakan di talian ‘089-221453’ bagi memastikan keselamatan perairan Malaysia dapat dilindungi daripada anasir jahat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *