Polis Marin gagalkan cubaan penyeludupan minyak

SEMPORNA, 10 Jun 2021 : Pasukan Polis Marin Semporna membuat rondaan di kawasan bakau di perairan Kg Hidayat, Pulau Bum Bum Semporna telah ternampak tiga (3) lelaki dewasa sedang memunggah barang ke dalam tiga Buah Bot dalam keadaan yang mencurigakan pada pagi tadi.

DSP Mohammad bin Ismail , Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna berkata semasa Polis Marin menghampiri kawasan tersebut suspek bertindak melarikan diri dan meninggalkan bot. Hasil pemeriksaan ke atas tiga (3) buah bot tersebut mendapati 986 Paket minyak masak dan 24 jerikin berisi minyak petrol.

Pemeriksaan di sekitar kawasan hutan bakau berdekatan menjumpai 4 jerikin berisi minyak Petrol dan 34 paket minyak masak.Kesemua barang rampasan termasuk bot dan enjin pum di bawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna kerana disyaki hendak di seludup ke Negara Jiran Filipina.

Jumlah Keseluruhan Nilai Rampasan dianggarkan sebanyak Rm 55,775.00 dan kes diserahkan kepada pihak KPDNHEP Semporna untuk siasatan lanjut. Justeru itu, Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0132831197.

Sumber Berita : Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *