Perkasa operasi enam kesalahan utama lalulintas

Penampang, 26 Julai 2021: Bahagian Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, memperkasakan operasi enam kesalahan utama lalulintas di daerah ini.

Terbaru, BSPT IPD Penampang yang diketuai oleh Inspektor Jupri Usman bersama lima kekuatan anggota telah menjalankan operasi membanteras pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan memotong barisan di Jalan Penampang Bypass.

Sebanyak 17 saman atas pelbagai kesalahan lalulintas telah dikeluarkan dan lapan daripadanya merupakan kesalahan memotong barisan.

Kesalahan memotong barisan adalah antara enam kesalahan utama lalulintas selain daripada memandu di lorong kecemasan, memandu melebihi had laju, memotong garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta ianya boleh dikenakan saman serta merta sebanyak RM300. Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *