Barikade simen didirikan halang si pembolos jalanan

Penampang, 10 Jun 2021 : Barikade dari struktur simen telah diletakkan di salah satu arah Pusingan ‘U’ bagi menghalang segelintir pengguna jalan raya yang masih ingkar dengan bertindak mengalihkan kon dan garisan polis untuk melalui kawasan yang disekat.

Taktik si pembolos jalanan ini dapat dihidu apabila tinjauan mendapati beberapa garisan polis diputuskan dan kon dialihkan bagi membolehkan mereka melalui kawasan tersebut. Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Hj Ibrahim dan Ketua Bahagian Logistik dan Teknologi (KBLog) Insp Tuanku Sharif Hj Wan Ahmad telah berada di lokasi sepanjang pemasangan barikade simen di lokasi Pusingan ‘U’ Jalan Penampang Bypass Kota Kinabalu – Penampang.

DSP Mohd Haris memberi amaran tegas dengan mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang masih ingkar dan cuba membolosi halangan polis.

Sumber Berita : POLIS Daerah Penampang

Leave a Reply

Your email address will not be published.