Empat penjawat awam antara 38 individu dikompaun langgar SOP

Kota Kinabalu : Operasi yang dijalankan pada 1 pagi, semua 38 indvidu dikenakan kompaun dan empat orang merupakan penjawat awam dalam Op Noda/Cantas yang dijalankan di sebuah kafe di Cyber Perdana Commersial awal pagi Rabu.

Semua individu dikenakan kompaun kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di premis berkenaan.

Alhusin Halil, Deputi Superintendan, Pengawai Turus D7, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Sabah, berkata “Hasil pemeriksaan, polis mendapati premis itu menjalankan aktiviti hiburan awam dengan menggunakan lesen yang tamat tempoh”

“Semua pelanggan di premis itu dikenakan kompaun, dua lelaki yang disyaki pembantu kedai dan juruhebah masing-masing berusia 23 dan 24 tahun ditahan untuk siasatan lanjut” ketika dihubungi oleh wartawan Sinar Harian.

“Polis juga turut merampas pelbagai kelengkapan dan peralatan hiburan bersama resit jualan untuk siasatan.”

“Kes disiasat mengikut Sekyen 4 Ordinan Hiburan Awam ” Kata Alhusin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *