PERSATUAN SUKARELAWAN KANSER SABAH (PSKS)BUAT KUNJUNGAN HORMAT TERHADAP YB DATUK DR HAJI MOHD ARIFIN ARIF

Kota Kinabalu – Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) telah membuat kunjungan hormat terhadap YB Datuk Dr Haji Mohd Arifin Arif ,Menteri Tugas-Tugas Khas Negeri Sabah /Adun Membakut .

Kunjungan diketuai Presiden Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah Tuan Lawrence Imui dan disertai Timbalan Presiden Puan Juliana Kurutung ,Ketua Penerangan Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah Tuan AliHussin Turut serta Puan Hjh Surayah Bte Haji Ibrahim – Penyelaras Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah Daerah Membakut , Tuan Awang Hazim Bin Awang Basir – Setiausaha Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah Daerah Membakut , Puan Chiam Moi Fah – Bendahari Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah Daerah Membakut .

Dalam pertemuan itu selama kira-kira sejam, YB Datuk Dr Haji Mohd Arifin turut mendengar taklimat mengenai Persatuan Sukarelawan kanser Sabah serta amalan kerja terbaik dilaksanakan oleh persatuan dalam membantu kumpulan sasar. Selain itu beliau turut menyentuh berkenaan beberapa program yang akan diadakan oleh Persatuan PSKS di Daerah Membakut .

Dipenghujung kunjungan hormat Presiden PSKS Negeri Sabah telah menyampaikan Cenderahati Kepada YB Datuk Dr Haji Mohd Arifin Arif .

Leave a Reply

Your email address will not be published.