PATI cuba ceroboh perairan negara diusir

Oleh: Mac Grimes

LAHAD DATU: Sebuah pump bot yang dinaiki oleh dua pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina diusir ketika cuba menceroboh masuk perairan negara, kira-kira 15 belas batu nautika dari utara Pulau Tambisan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Lahad Datu, Superintendent Gan Ping Sin dalam kenyataannya semalam, memaklumkan operasi pengusiran tersebut dilakukan oleh sepasukan polis marin dari Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Lahad Datu, kira-kira jam 11.00 pagi.

โ€œSemasa membuat rondaan dikawasan tanggungjawab, Pasukan Polis Marin Lahad Datu telah mengesan sebuah pump bot dalam keadaan yang mencurigakan dari perairan jiran yang memasuki perairan negara sebelum ianya berjaya dipintas.

Hasil pemeriksaan polis, mendapati dua lelaki dewasa berada didalam pump bot tersebut dan mendakwa berasal dari Bongao, Filipina.

Kedua-duanya gagal mengemukakan dokumen diri dan perjalanan yang sah semasa diperiksa.

Pump bot tersebut kemudiannya di usir keluar dengan diiring sehingga keluar dari perairan negara.

โ€œPasukan Polis Marin Lahad Datu sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan kawalan pergerakan di kawasan perairan negara khususnya Lahad Datu bagi mengekang penularan wabak penyakit pandemik COVID19 dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membolosi persempadanan negara,โ€ tambahnya lagi.

Pihak Pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di nombor ‘0132831197’ atau berhubung ke Gerakan PPM Lahad Datu di talian ‘0139808084’ bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *