20 peserta untuk projek perintis Rumah Burung Walet B40 di Sabah

TELUPID: Seramai 20 peserta telah terpilih menyertai Program Rumah Burung Walet Komuniti B40 yang merupakan projek perintis Syarikat Beho Birdnest sebagai peneraju dalam membantu meningkatkan pendapatan golongan B40 di Sabah.

Program ini dilaksanakan menerusi kerjasama strategik antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan pihak swasta.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee hari ini telah merasmikan salah sebuah Rumah Burung Walet Komuniti B40 di Kampung Lumou, Telupid dan menyampaikan sijil penyertaan kepada 20 peserta yang terpilih.

Syarikat Beho Birdnest merupakan antara pengusaha SBW yang bergiat aktif di Malaysia dan mempunyai loji berdaftar dengan pihak General Administration of Customs of Peopleโ€™s Republic of China (GACC) yang telah diberi kelulusan untuk mengeksport sarang burung walet bersih (EBN-RC) dan sarang burung walet belum bersih (EBNRUC) ke negara tersebut.

Ronald berkata industri ini berpotensi tinggi sebagai antara penyumbang kepada ekonomi negara berdasarkan nilai eksportnya sebanyak 5,905 tan metrik dengan nilai RM1.8 bilion bagi tahun 2021, kenaikan lebih RM400 juta berbanding tahun 2020, dengan nilai RM1.3 bilion.

Katanya sehingga tahun 2021, sebanyak 13,635 premis rumah burung walet telah berdaftar dengan DVS dan 25 peratus daripadanya (3,413) adalah di Sabah, sementara 2,143 rumah burung walet telah mendapat Persijilan MyGAP di mana 373 daripadanya di Sabah.

Setakat ini, 44 loji pemprosesan sarang burung walet telah mendapat pensijilan Veterinary Health Certificate Malaysia (VHM). Manakala, 42 loji pemprosesan sarang burung walet mendapat pensijilan Good Veterinary Hygiene Practice (GVHP), katanya menerusi kenyataan pada majlis itu.

Beliau berkata negara pengimport utama SBW dari Malaysia adalah China yang mengimport 80 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport SBW Malaysia.

Katanya sehingga tahun 2021, sebanyak 41 loji SBW di Malaysia telah diluluskan oleh GACC iaitu 38 loji sarang burung walet bersih (EBN-RC) dan 3 loji sarang walet belum bersih (EBN-RUC).

Ronald berkata MAFI akan terus menggalakkan pengeksportan produk-produk SBW ke Iuar negara bagi meningkatkan nilai eksport produk dan daya saing industri ini secara keseluruhannya.

Tambahnya MAFI menerusi DVS juga akan sentiasa menjalin kerjasama strategik serta perkongsian teknologi dan maklumat pemasaran bersama pemain-pemain industri dalam memastikan operasi sektor burung walet tidak mengalami sebarang gangguan bagi menjamin kelangsungan pengoperasian industri ini.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah DVS Dr Akma Ngah Hamid berkata DVS telah mewujudkan satu Program Sistem Pendaftaran Premis Walet yang dikenali sebagai METS (Malaysian EBN Traceability System) bagi mengukuhkan sistem daya jejak yang mana menjadi salah satu syarat dalam pengeksportan sarang burung walet (SBW) Malaysia ke China.

โ€œFaedah pelaksanaan program ini kepada pengusaha walet antaranya, hasilan sarang burung walet dari premis yang berdaftar dan mempunyai ID premis mendapat permintaan yang lebih tinggi,โ€ kata Dr Akma. -SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *