Lelaki tempatan dituduh akibatkan lelaki lain buta

Oleh: Mazeenal Jamalin

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen menetapkan 26 April untuk pengurusan kes terhadap seorang lelaki tempatan yang di tuduh mengakibatkan cedera parah sehingga mengakibatkan buta mata kanan terhadap seorang lelaki berusia 39 tahun.

Tarikh itu diberikan kepada Jonny Pudun sementara menunggu laporan perubatan mangsa dalam kes ini, oleh itu tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Terdahulu Jonny didakwa telah mengakibatkan cedera parah sehingga membutakan mata kanan Jonnypius Subin, 39 pada 13 Januari tahun ini pada pukul 2 pagi bertempat di bahagian dapur sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Binunuk, Beaufort.

Jonny berhadapan dengan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit salah di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarkan Jonny di ikat jamin dengan bayaran RM10,000 serta dua penjamin tempatan serta syarat tambahan agar tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan beliau turut di tegah daripada menganggu mana-mana saksi pendakwaan.

Ketika sebutan kes tadi, Timbalan Pendakwaraya Amirah Muhammad Ali tampil bagi pihak pendakwaan, manakala tertuduh diwakili oleh peguambela PJ Perira.

Leave a Reply

Your email address will not be published.