Minuman keras bernilai hampir RM 100 ribu dirampas

KOTA KINABALU: Polis Marin Kota Kinabalu berjaya merampas minuman keras tidak bercukai di sebuah rumah sewa di kawasan Menggatal awal pagi tadi.Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu, ASP Roslan Bin Awang berkata pihak polis telah membuat pemerhatian terhadap sebuah rumah sewa dalam keadaan mencurigakan di kawasan taman perumahan Menggatal selama lebih kurang beberapa jam.

Setelah intipan dijalankan dan masih tiada sebarang individu kelihatan, pasukan serbuan telah bertindak membuka pintu rumah tersebut.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menemui beberapa minuman keras tidak bercukai di dalam rumah tersebut. Kesemua minuman keras tersebut telah dirampas dan dianggarkan bernilai RM99,960.00. Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967.

Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0139391197.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *