Didenda kerana ceroboh kuari

Oleh: Mazinal Jamalin

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 48 tahun di kenakan denda RM1,000 atau jika gagal bayar dia akan di penjarakan selama tempoh tiga bulan kerana menceroboh tanpa kebenaran ke kawasan kuari.

Aman Shah Hussin di kenakan hukuman tersebut selepas beliau mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya kelmarin.

Tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan tetap mengaku telah menceroboh untuk mencuri barang berupa zink, Sprit Unit Aircond, motor mesin kimpalan dan kabel tangga milik Teluk Sepanggar Quarry Sdn Bhd pada 2 Februari tahun ini jam lebih kurang 11.50 malam bertempat di Jalan Sepanggar, Menggatal di sini.

Aman melakukan kesalahan itu bersama-sama dengan dua rakannya yang berjaya melarikan diri semasa gagal membawa keluar barang-barang milik kuari tersebut.

Dia di tuduh di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara boleh sampai enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Semasa rayuan, Aman memohon agar hukuman ringan di berikan, Walaubagaimanapun Pegawai Pendakwa Inspektor Kelvan Elson Maik berhujah agar hukuman setimpal di kenakan terhadap tertuduh yang telah melakukan kesalahan serius dan untuk membendung kejadian sama daripada berulang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *