Polis Tahan Tiga Lelaki, Rampas Dadah Lebih 10 Kilogram

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dan merampas 9.21 kg (kg) dadah jenis syabu serta 1 kg ketamin bernilai RM386,848 dalam tiga tangkapan berasingan sekitar bandar raya ini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata dalam kes pertama dua hari lepas, polis menahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang cuba melarikan diri apabila melihat kehadiran polis, ketika dia sedang memegang satu kotak berisi tujuh bungkusan syabu seberat 7.17 kgdi Lorong Ranggung Batek Likas.

Beliau berkata ia kemudiannya membawa kepada penangkapan seorang lagi lelaki berusia 52 tahun yang dipercayai terlibat dalam proses jual beli dadah di sebuah lokasi di Luyang, sebelum disusuli dengan satu lagi tangkapan seorang lelaki berusia 50 tahun di hadapan pusat beli belah di Alam Mesra, kira-kira pukul 2 petang semalam.

โ€œHasil pemeriksaan di dalam beg silang yang dibawanya, polis menemukan syabu 1.02 kg,โ€ katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Menurutnya polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah di Kampung Bantayan, Inanam yang membawa kepada penemuan 1.02 kg syabu dan 1 kg ketamin.

Mohd Zaidi berkata siasatan mendapati modus operandi sindiket ini ialah membuat pesanan dadah dari Semenanjung dengan menggunakan khidmat penghantaran kurier.

โ€œMereka didapati menggunakan bungkusan produk berasaskan kelapa untuk mengaburi mata pihak polis. Dadah yang dirampas dipercayai untuk kegunaan sendiri dan dijual kepada penagih sekitar Kota Kinanalu,โ€ tambahnya.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-Bernama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *