Cubaan penyeludupan barang kawalan ke Filipina digagalkan

SEMPORNA, 4 Sept 2021: Polis Marin Semporna membuat rondaan dikawasan pondohan sebuah kampung di Semporna telah terserempak dengan dua lelaki sedang memunggah barang dari sebuah rumah pondohan ke dalam sebuah bot laju pada petang kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad bin Ismail berkata apabila menyedari kehadiran Polis dua lelaki tersebut bertindak melarikan diri.

Pemeriksaan di rumah pondohan tersebut, menjumpai beberapa jerikin berisi minyak petrol. Kemudian pemeriksaan terhadap botlaju pula telah menjumpai beberapa bungkus plastik berisi minyak masak Petrol dan minyak masak ini dipercayai cuba diseludup keluar ke Filipina.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM17,957.00. Barang kawalan tersebut dirampas dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *