Sabah catat 741 kes COVID-19, KK menyumbang jumlah kes tertinggi

KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata hari ini Sabah mencatat 741 kes COVID-19, Kota Kinabalu (KK) menyumbang kes tertinggi sebanyak 149 kes, manakala Tawau 87 kes dan Tuaran 77 kes.

“Daerah Beaufort merekodkan sebanyak 60 kes, manakala Penampang 49 kes, Kudat 42 kes, Kinabatangan 37 kes, dan Papar 34 kes.

“Keningau dan Sipitang masing-masing 33 kes, diikuti Sandakan dan Ranau masing-masing 23 kes, Tongod 20 kes, Putatan 17 kes, dan Kota Marudu, Tambunan, serta Tenom masing-masing lapan kes.

“Daerah Lahad Datu merekodkan tujuh kes, Telupid dan Beluran masing-masing lima kes, manakala Semporna dan Kalabakan kedua-duanya empat kes, diikuti Kota Belud dan Kuala Penyu masing-masing tiga kes, serta Kunak hanya dua kes

Faktor kontak rapat tetap menjadi punca utama kes Sabah sehingga hari ini, ย iaitu 379 kes (51.2 peratus) dan saringan bergejala pula mencatatkan 129 kes (17.4 peratus).

“Sabah juga mencatat empat kluster baharu yang direkodkan iaitu, Kluster Jalan Penampang, Kluster InderaSabah Tawau, Kluster Jeti Kudat, dan Kluster Industri Kelombong”, katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *