Keningau tidak ketinggalan dalam aspek pembangunan

KENINGAU: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah mengadakan lawatan ke Keningau. Lawatan tersebut dimulakan dengan mendengar taklimat pembangunan daerah oleh Ybhg. En. Walter Kenson, Pengawai Daerah Keningau di bangunan Majlis Daerah Keningau.

Seterusnya YAB Ketua Menteri menyaksikan penyerahan waran peruntukan perbelanjaan bagi melaksanakan kerja-kerja naik taraf jalan di Nulu Sosopon (Fasa 1) yang diserahkan oleh Ybhg. Tuan Haji Rusdin Riman, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan kepada En. Walter Kenson, Pegawai Daerah Keningau.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk Hj Arifin Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas, YB Datuk Seri Panglima Sr Hj Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Robert Tawik, Pembantu Menteri Kerja Raya, YB Flovia Ng, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, YB Jasnih Daya, Pembantu Menteri Kewangan, YB Samad Jambri, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Andi Muhammad Suryady Bandy, Pembantu Menteri Belia dan Sukan, YB Mohamad Hamsan Ag Supian, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, YB Anuar Ayub, ADUN Liawan, YB Datuk Abdul Ghani Yassin, ADUN Nabawan, YB Datulk Ghulamhaidar Khan Bahadar, ADUN Kawang, YB Fairuz Renddan, ADUN Pintasan dan Datuk Matbali Musah (Pengarah UPPM).

Leave a Reply

Your email address will not be published.